Recent Posts

Archive

Tags

Inventori Minat Kerjaya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kebolehan, minat dan personaliti setiap individu berbeza antara satu sama lain.Masing-masing mempunyai keunikan, keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Begitu jua dengan anak-anak BJCK yang disayangi.

Oleh itu, bimbingan kerjaya telah dilaksanakan dengan menggunakan Inventori Minat Kerjaya (IMK) untuk mengenal pasti potensi diri anak-anak yang berumur 13 tahun ke atas. Moga dengan sedikit perkongsian berkaitan kerjaya ini, anak2 BJCK dapat melihat dengan jelas potensi diri, minat, personaliti dan persekitaran pekerjaan yang sesuai.

Pembentukan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan. Oleh hal yang demikian, profil ini juga dapat membantu pihak BJCK untuk mengenalpasti potensi dan peluang yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka.

Dengan eksplorasi pengalaman yang dialami oleh anak2 juga, kami yakin dan percaya, anak2 BJCK mampu membina kerjaya yang baik serta menggilap diri agar menjadi permata yang bersinar.

#potensiindividuberbeza #menggilapmutiara

Sekian, terima kasih. Cikgu Nadia 대박 Daebak